Saturday, December 28, 2013

Tembok

aku punya tembok

tembok yang jadi benteng
benteng hati
dari sikap manusia
yang aku tak suka

tembok yang sama juga 
sebagai perisai
dari panahan caci maki 
manusia durjana

aku tak sempurna
punya kisah kelam
gelap, tak bermaya
pengaruh dari
manusia durjana

akibatnya,
aku tak utuh
iman entah kemana

aku masih yang sama.
buta hati,
mungkin juga mata.

dustalah
kalau ku kata
ku tak takut neraka
aku pernah cuba
hanya tinggal takat mencuba.

aku risau
cahayaNya tak lut
dek kerana
tembok yang ada.


Kaulah
Maha Pemurah
Maha Penyayang
MilikMu segenap alam
jua hatiku yang kelam

ku pohon, runtuhkan lah ia
kerna
aku rindu 

wahai yang Maha Esa

borosnya emosi

bila mana orang bising
tanya kenapa perempuan ni 
suka shopping.

aku ada satu teori 
khas buat si hawa sekalian.

kau nak detect 
dia sunyi
dia sedih
dia geram
dia emosi

kau detect dengan jumlah barang yang dia beli
dalam journey
satu hari

sedih + sunyi + geram + emosi = jumlah barang beli belah

yang pastinya
barang yang dibeli
entah apa fungsinya

walau fulusnya tak seberapa
dia seluk juga segala poket yang ada

pengakhirannya
pengubat duka
walau seketika


macam biasa, pilih lain beli yang lain.
risau macam jodoh
cinta lain, kawin dgn yang lain

sebab tu, jangan pilih.


doa.




Thursday, December 12, 2013

Matahari Biru


beg tu dari form 3 lagi aku pakai.
dah 6 tahun.
itu brg branded pertama aku dapat.
family aku org senang, tapi tak sesenang itu aku nk demand macam anak raja.

ada had. ada syaratnya.
syarat untuk beg puma. aku kene dapat top 5 dalam kelas.
aku, budak tak suka belajar, tak suka skolah.
untuk beg tu. aku pulun juga.
dapat la top 5. terus pegi beli ptg tu juga.
masa tu 2008.
sekarang, 2013
aku dah degree, puma setia disisi.
org mcm aku, tak suka skolah, demi beg semata, paksa juga.
gila kau tak sayang?! 

itu lumrah hidup aku.
smpai skrg, aku tak disuap terus dgn benda baru.
nak, beli sendiri! kata mak.
jadi, brg2 lama parents aku yg slalu diwarisi.
dari henset, sampai baju, sampai kasut.
bukan depa kedekut.
cuma aku rasa, mereka takut,
takut binasa diri.

aku dah 20,
kadang2 aku tido dengan adik2 aku lagi.
rumah ada 2 je bilik tido.
jadi aku dah biasa berhamparkan toto lena depan tv.
bukan tagih simpati.
tapi realiti dan hakikat belum ada rezeki.

family aku dari zero to hero
ayah aku pandai, tapi anak felda je.
dulu anak felda bukan mcm anak felda sekarang, 
durian runtuh selalu walau bukan musim.
sampai masuk saham dunia katanya. letup-letup.
tade duit, jadi ayah aku tak belajar tinggi.
dia kerja starting kerani je tak silap aku.
dari skolah lagi, ayah aku tlg arwah nenek jual nasi lemak kuih2 kat skolah, 
sampai la amik upah bersih laman org 
tlg buat rumah, bertukang.macam2.
sekarang, alhamdulillah dah senang lenang.

mak aku adik bradik 13 org.
anak perempuan bongsu. ramai abg. kakak, adik pun ada juga.
arwah atok aku keje telekom.
sng sikit la mak aku belajar.
skolah inggeris methodist tu kejap.
masuk teknik, terus politeknik.
keluar jadi kerani.
last2 ketua juruteknik.
tapi dah berenti.
letih katanya.

sebab tu aku tak kisah.
mak ayah aku lagi susah.
nak share bilik tido dengan 13 adik bradik celah mana?
nak kaut duit beli beg puma tang mana?

aku lahir tahun 93, jadi aku sempat rasa.
family aku starting dari motor je.
kulukilir, moto merah tu juga.
ini untungnya jadi sulung,
apa mak ayah kau rasa dulu, kau turut rasa.
kalau senang, senang lah.
kalau susah, kau pun sama2 susah.
beza masa dulu kau tak tahu apa2.
sekarang kau mengerti juga.

dari motor cabuk, smpai kereta saga, smpai ford ntah zaman bila, wira, 
smpai la ni pejo, bm dengan si lepat putih tu pemudah ke destinasi.

skrg org pertikai lagi,
mak ayah aku gila kerja.
biaq pi ah depa.
aku adek bradek bahagia.
tgok depa suka cari nafkah,
sbb dulu susah, darah panas
lambat redha Nya.
sekarang,
kami dah besar, berjaya.
mampu jejak menara gading, 
mampu jejak skolah2 ternama.
rezeki dan redha lulus nampaknya.

kalau matahari tu biru, mampukah ia bersinar seperti yg sedia ada?

syukur. 

Monday, December 9, 2013

Life Vision

Tajuk trending usia 20 an

 LIFE VISION

pumpam2 dia cerita life vision versi dia.

sampai turn aku, aku jawab

"anak"

yes. life vision aku anak2 aku nanti.
sumber mana aku nak pakai 
nak suap anak aku nanti
nak sekolahkan anak aku nanti
nak bagi pakai apa nanti
nak sediakan tempat tidur rupanya bagaimana nanti.

apa aku buat hari ni
semua untuk anak2 aku nanti.
aku belajar sampai ceruk pedalaman
aku ada pilihan untuk teruskan atau berhenti
aku pilih teruskan
sebab aku nak gali ilmu, nak kaut selagi mampu
nak bagi anak aku nanti
supaya

aku jadi insan yg anak2 aku taknak lepaskan pergi.

typical suara akan kata, kahwin pun belum fikir pasal anak

aku kata
anak.
aku tak tuju buat anak aku semata
boleh jadi anak bangsa
boleh juga jadi anak kau yg tak cukup kasih sayang tu nanti



Tuesday, July 16, 2013

Ego & Maruah

Tahu tak bahawasanya ego & maruah adalah dua benda berbeza?
 Pelik kan..dan menarik bagi saya..
Ilmu ni saya pun dpt dari buku Prof Muhaya...mungkin tak ramai berkesempatan untuk beli dan baca, jadi saya kongsikan..

Selalu kita dengar tercalar maruah tapi pernah dengar tak orang sebut tercalar ego?? tak kann..
Apa yang saya faham menurut buku tu, maruah merupakan sesuatu yang lebih menjurus ke arah agama..kerana agama itu adalah maruah kita...

 kita tukar cerita dalam bentuk situasi

selalu kalau kita kena marah depan orang ramai tak kisah la oleh sesiapa pun selalu kita akan cakap 'jatuh maruah aku!' dengan muka merah padam tahan malu campur rasa nak nangis sikit (perempuan selalunya) pergi bilik air atau tempat lebih tenang bukan nk tenangkan diri pun tapi mula memaki hamun org yang marah kita tu..mula timbul dendam ditambah pula hasutan syaitan..pergh bersumpah2 kat si polan yang memarahi tadi...
 'dia tak sepatutnya marah aku depan orang ramai..ish malu aku...kot aku salah pun tegur la elok2..kalau nak marah pn bukan depan org ramai macam tu...jatuh maruah aku..ishh...!@#$%^'

sebenarnya, yang tercalar atau terjatuh tadi, cuma egonya sahaja bukan maruahnya...

macam mana tercalar maruah?

apabila ada yang menghina hukum islam, mempersendakan hukum agama, Rasul mahupun Maha Pencipta di hadapan kita secara terang terangan jadi, jatuhlah maruah kita sebagai umat Islam, tercalarlah maruah kita.. Masa ini lah seharusnya kita lebih marah..nak marah mcm mana pun marah la atas sebab dia mempersendakan agama kita yakni maruah kita. (dah marah tu, janganlah marah sahaja, bantu tegakkan semula..fahamkan apa yang salah apa yang silap..tunjukkan yang betul..kan Allah lebih sayang)

Jadi lepas ni, apabila kita dimarahi, dipersendakan tanpa berkait dgn agama kita, usahlah kita melenting..sabar...kalau mampu betulkan, betulkan semula...tak perlu sampai berdendam...sbb yang tercalar cuma lah ego kita.. (bukan lah disuruh akur sahaja seperti dungu, tapi fikir semula kalau insan itu marah atas sbb kesalahan kita sendiri tak perlu rasanya nk melenting mahupun berdendam..istighfar dan sabar lebih afdhol rasanya kann..)

harapnya faham lah apa yang cuba saya sampaikan...beza maruah dan ego.. benda nampak remeh, tapi benda remeh ni la yang mampu mempengaruhi mentaliti kita.. akhir zaman, apa yang betul disalahkan, apa yang salah disanjungkan...sayangnya kalau benda remeh ni pun kita tak tahu...then terus prasangka melulu..lepas ni kalau kene marah boleh tanya diri tercalar ego ke maruah ni?

banyak kisah2 tauladan dalam buku Prof Dr Muhaya tu..ada kesempatan bacalah.. :)


apa yang kurang mohon maaf, apa yang terlebih pn saya mohon maaf...yang baik hanya datang dari Dia...ada ilmu, afdhol la kalau dikongsi...

Salam Ramadhan :)