Wednesday, January 15, 2014

walaupun ditengah lafaz ijab dan qabul

setiap
insan
manusia
orang
yang berakal
yang bernyawa
yang jasadnya berpijak bumi nyata
yang mindanya sedar akan realiti
harus tanam dalam diri
dan hati
yang Tuhan, sentiasa bersamanya
sentiasa ada
kalaupun dia jatuh
kalaupun dia mengayuh
kalaupun di puncak Himalaya sekali pun
Tuhan tetap ada.

kalau kita
tetapkan hati
tiap detik dan waktu
pasti ada sesuatu
untuk dibawa pada hari esok
itulah pengalaman.

walaupun sesat dalam hutan
ataupun di takuk kekayaan
mahupun putus cinta
ataupun di tengah lafaz ijab dan qabul

tentu aja punya hikmah di tiap waktu

aku tak percayakan kebetulan,
aku percayakan takdir Yang Esa

selagi hayat dikandung badan
selagi tak berbalik pada rumah asal
berjalanlah hingga ceruk dunia
pantaulah, pujilah keindahanNya
bantulah yang sekeliling
kecapi apa yang kau dapat
selagi adanya kita bersama


Saturday, December 28, 2013

Tembok

aku punya tembok

tembok yang jadi benteng
benteng hati
dari sikap manusia
yang aku tak suka

tembok yang sama juga 
sebagai perisai
dari panahan caci maki 
manusia durjana

aku tak sempurna
punya kisah kelam
gelap, tak bermaya
pengaruh dari
manusia durjana

akibatnya,
aku tak utuh
iman entah kemana

aku masih yang sama.
buta hati,
mungkin juga mata.

dustalah
kalau ku kata
ku tak takut neraka
aku pernah cuba
hanya tinggal takat mencuba.

aku risau
cahayaNya tak lut
dek kerana
tembok yang ada.


Kaulah
Maha Pemurah
Maha Penyayang
MilikMu segenap alam
jua hatiku yang kelam

ku pohon, runtuhkan lah ia
kerna
aku rindu 

wahai yang Maha Esa

borosnya emosi

bila mana orang bising
tanya kenapa perempuan ni 
suka shopping.

aku ada satu teori 
khas buat si hawa sekalian.

kau nak detect 
dia sunyi
dia sedih
dia geram
dia emosi

kau detect dengan jumlah barang yang dia beli
dalam journey
satu hari

sedih + sunyi + geram + emosi = jumlah barang beli belah

yang pastinya
barang yang dibeli
entah apa fungsinya

walau fulusnya tak seberapa
dia seluk juga segala poket yang ada

pengakhirannya
pengubat duka
walau seketika


macam biasa, pilih lain beli yang lain.
risau macam jodoh
cinta lain, kawin dgn yang lain

sebab tu, jangan pilih.


doa.