Tuesday, July 16, 2013

Ego & Maruah

Tahu tak bahawasanya ego & maruah adalah dua benda berbeza?
 Pelik kan..dan menarik bagi saya..
Ilmu ni saya pun dpt dari buku Prof Muhaya...mungkin tak ramai berkesempatan untuk beli dan baca, jadi saya kongsikan..

Selalu kita dengar tercalar maruah tapi pernah dengar tak orang sebut tercalar ego?? tak kann..
Apa yang saya faham menurut buku tu, maruah merupakan sesuatu yang lebih menjurus ke arah agama..kerana agama itu adalah maruah kita...

 kita tukar cerita dalam bentuk situasi

selalu kalau kita kena marah depan orang ramai tak kisah la oleh sesiapa pun selalu kita akan cakap 'jatuh maruah aku!' dengan muka merah padam tahan malu campur rasa nak nangis sikit (perempuan selalunya) pergi bilik air atau tempat lebih tenang bukan nk tenangkan diri pun tapi mula memaki hamun org yang marah kita tu..mula timbul dendam ditambah pula hasutan syaitan..pergh bersumpah2 kat si polan yang memarahi tadi...
 'dia tak sepatutnya marah aku depan orang ramai..ish malu aku...kot aku salah pun tegur la elok2..kalau nak marah pn bukan depan org ramai macam tu...jatuh maruah aku..ishh...!@#$%^'

sebenarnya, yang tercalar atau terjatuh tadi, cuma egonya sahaja bukan maruahnya...

macam mana tercalar maruah?

apabila ada yang menghina hukum islam, mempersendakan hukum agama, Rasul mahupun Maha Pencipta di hadapan kita secara terang terangan jadi, jatuhlah maruah kita sebagai umat Islam, tercalarlah maruah kita.. Masa ini lah seharusnya kita lebih marah..nak marah mcm mana pun marah la atas sebab dia mempersendakan agama kita yakni maruah kita. (dah marah tu, janganlah marah sahaja, bantu tegakkan semula..fahamkan apa yang salah apa yang silap..tunjukkan yang betul..kan Allah lebih sayang)

Jadi lepas ni, apabila kita dimarahi, dipersendakan tanpa berkait dgn agama kita, usahlah kita melenting..sabar...kalau mampu betulkan, betulkan semula...tak perlu sampai berdendam...sbb yang tercalar cuma lah ego kita.. (bukan lah disuruh akur sahaja seperti dungu, tapi fikir semula kalau insan itu marah atas sbb kesalahan kita sendiri tak perlu rasanya nk melenting mahupun berdendam..istighfar dan sabar lebih afdhol rasanya kann..)

harapnya faham lah apa yang cuba saya sampaikan...beza maruah dan ego.. benda nampak remeh, tapi benda remeh ni la yang mampu mempengaruhi mentaliti kita.. akhir zaman, apa yang betul disalahkan, apa yang salah disanjungkan...sayangnya kalau benda remeh ni pun kita tak tahu...then terus prasangka melulu..lepas ni kalau kene marah boleh tanya diri tercalar ego ke maruah ni?

banyak kisah2 tauladan dalam buku Prof Dr Muhaya tu..ada kesempatan bacalah.. :)


apa yang kurang mohon maaf, apa yang terlebih pn saya mohon maaf...yang baik hanya datang dari Dia...ada ilmu, afdhol la kalau dikongsi...

Salam Ramadhan :)